Kelas Asas Komputer dan Latihan Menaip
4 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 3 Oktober 2020, Sabtu, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan Latihan Menaip yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 orang pelajar sekolah.
Antara pengisian kelas adalah mempelajari asas komputer dan komponennya. Peserta juga didedahkan dengan asas Microsoft Office dan diberikan latihan menaip untuk menguji tahap kefahaman tentang apa yang telah dipelajari.
Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: